Tuesday, April 26, 2011

i lOovee you!

Assalamualaikum...
sebenarnya da takde idea da nak buat entry apa...tiba tiba datang satu angin seolah olah wahyu datang..tapi seolah olah je..hakikatnya kawan aku illa nurwahyu yang muncul dalam ingatan aku....ayu, nampak tak aku selalu rindu kau...hehehehe

dengan tajuk entry dan ayat di atas mesti ada yang ingat aku nak cakap pasal bawang pink aku tu kan...haha saje je buat ayat...sebelum aku perkenalkan lebih lanjut tentang bawang pink aku tu aku nak perkenalkan lah insan insan yang amat bermakna dalam hidup dan mati aku..tanpa mereka siapa lah aku dan tanpa mereka mustahil adanya aku di atas bumi Allah ini ye dOk....

pertama sekali aku nak perkenalkan lah darah dan daging yang terbaeekk yang sedang mengalir hebat di tubuh aku...tidak lain tidak bukan ayah aku la Tan Sri Datuk Mohd Jamil..yang aku rasa beliau adalah orang yang paling aku hormat, paling aku takut, paling ensem, paling baik, paling kelakar, paling tegas, paling garang, paling baran dan macam macam paling la...yang paling aku akan jaga dengan ayah aku ni adalah tentang masa...ayah aku tak suka lalai2 atau lambat kan masa...beliau jenis ontime punye orang..kalau lambat moOd dia cepat berubah...tu yang paling aku takut..pasal masa tolong la jangan main2 dengan dia...kalau nak bandingkan perangai aku dengan ayah aku lebih kurang sama je...mak aku yang cakap...=) ayah adik sayang ayah..muaaahh!!

kedua..insan yang aku hormati dan aku sayangi sampai bila bila ialah seorang insan yang banyak menabur jasa atau budi atau macam macam lagi dan tanpa kekuatan beliau aku takde di dunia ini...insan yang mengendong kan aku selama 9 bulan dan melahirkan aku tepat pada waktu 1.30 pagi di hospital besar kuala lumpur..ibunda tercinta iaitu Pn Sri Datin Juriah...bagi aku beliau la seorang insan yang paling cun, paling lemah lembut, paling kuat, paling sabar dan macam2 paling lagi...tiada kata mampu aku ucap dekat mak aku ni sebab jasa dan pengorbanan beliau mengatasi segala gala kata2 aku ni...mak, sayang kan dari sifat mak, perangai mak dan semuanya tentang mak satu pun tak lekat kat adik..adik tak sepandai mak, tak sekuat mak, tak selembut mak tak sealim mak, tak setabah mak, tak seputih mak, tak secantik mak dan macam2 lagi la...tapi adik tau apa yang ada dekat mak ada dekat adik iaitu gelak...gelak kita sama2 kuat...kalau bergabung boleh pecah rumah...hehehe mak, adik sayang mak...muaaahhh!!!


i lOOvee both Of u...muaahh!!

sama tak muka kami...


kedua dua insan ni adalah insan yang paling penting dalam hidup aku..pengorbanan dan jasa mereka membesarkan aku dari umO sehari sampai ke 22 tahun ni memang aku tak mampu  untuk membalas dengan kata2..sebagai anak aku harus menjaga seperti mereka menjaga aku dan adik beradik aku, mendoakan mereka dan paling penting jaga hati mereka dari terluka...mak dan ayah, adik tau ucapan terima kasih ni tak cukup untuk membalas segala pengorbanan dan kasih sayang mak dan ayah..adik tau adik masih lagi belum mencapai tahap anak solehah dan adik tau adik bukan anak yang baik...tapi adik cuba ubah..adik cuba ubah demi mak dan ayah...demi mendapat keredhaan Allah, adik akan menjaga mak dan ayah sebaik mungkin..semoga Allah memanjang kan umO ayah dan mak untuk adik membalas dan menjaga sebaik mungkin...apa yang adik harapkan doakan la adik sentiasa dapat menjaga mak dan ayah sehingga akhir hayat adik...adik sayang mak dan ayah...ampunkan adik dan maaf kan adik sekiranya adik da banyak buat dosa...halalkan segala makan dan minum adik...tanpa mak dan ayah hidup adik tak bermakna di atas bumi ini...i lOve both of u very2 much!!

aku nak sambung lagi nak perkenalkan adik beradik aku...tapi macam panjang la pulok...takpe...ini entry khas aku buatkan untuk mak dan ayah aku...untuk adk beradik aku tunggu lain kali kalau aku rajin nak update...hahaha pada semua..hargai la ibu dan ayah anda kerana tanpa mereka tiada lah kite di atas bumi Allah ini...sama2 kita mendoakan kebahagiaan kedua ibu bapa kita dan paling penting hargai mereka sebaik mungkin...kerana jasa dan pengorbanan, kasih dan sayang mereka tidak ternilai dengan wang ringgit..peace!!

terima kasih sudi baca !! (^___^)


2 comments: